Tuesday 2 June 2015

JAHIL

Dalam tak sedar,
Aku sebenarnya bergelumang dalam kejahilan.
Ilmu-ilmu agama yang aku telah pelajari,
Bukan sahaja tidak diingati,
Malah mengamalkannya jauh sekali.

Mungkin,
Tiba masa aku bangkit dari lena,
Bangkit dan bersungguh atas jalanNya. 
Kerana satu hari nanti,
Aku akan pergi menghadap Illahi.
Apa yang aku mahu persembahkan padaNya nanti?

Bangun, bangkit dan kembali lah, Nur.
Sungguh Dia rindu pada dirimu.
Maka dengan ini,
Pada saat ini,
Aku menyerah diri pada Illahi.